Monday, June 27, 2022

Tanah runtuh tutup jalan di Kampung Pemukat, Limbang

Secara Rawak

LIMBANG: Tindakan segera pasukan bomba dan penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Kerja Raya dan Cahya Mata Sarawak berjaya menangani insiden tanah runtuh di Limbang malam tadi dan mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima maklumat kecemasan sekitar jam 10.06 malam tadi membabitkan tanah runtuh di Kampung Pemukat di sini dan sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan tiga anggota dikejarkan ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Limbang dengan kekuatan tiga anggota.

“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati berlakunya runtuhan di tepi lereng bukit dan ia menutupi sebahagian daripada jalan raya.

“Kerja-kerja pembersihan jalan raya segera dilakukan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini,” katanya lagi. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru