Friday, October 7, 2022

Semangat dan azam Anwar iringi Konvensyen Pakatan Harapan

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Meskipun Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim meringkuk di Penjara Sungai Buloh kerana kes fitnah kedua, semangat dan azamnya tetap mengiringi perjalanan Konvensyen Pakatan Harapan yang berlangsung hari ini.

“Hari ini ialah hari yang ke-1,601 Anwar menjadi tahanan politik. Meski pun jasadnya dipenjara namun rohnya kekal bersama kita,” kata Presiden Pakatan Harapan.

Anwar terkenal dengan semangat reformasi selepas beliau dipecat oleh Perdana Menteri yang kini Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998.

Pemecatan itu mencetuskan gelombang reformasi sehingga kemudiannya menyaksikan kelahiran Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata demikian sewaktu berucap di depan kira-kira 1,000 perwakilan Konvensyen Wanita Harapan semalam.

Wan Azizah yang juga ketua pembangkang Parlimen Malaysia memberitahu perwakilan, Anwar  dijangka dibebaskan dari penjara pada 11 Jun tahun ini.

“Insya-Allah – kalau diizinkan Tuhan – mengikut lunas undang-undang, pada 11 Jun ini beliau akan dibebaskan,” katanya. — Sarawakvoice

Foto Dr Wan Azizah Wan Ismail

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru