Thursday, August 18, 2022

Lelaki maut selepas rempuh belakang lori di Bekenu

Secara Rawak

MIRI: Seorang lelaki maut, dan seorang lagi cedera dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan dua buah lori di Kilometer 60, Jalan Kelulit, Bekenu dekat sini petang semalam.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii memberitahu, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 2.06 petang semalam dan Balai Bomba dan Penyelamat Miri segera mengatur gerak sebuah jentera FRT dan sebuah jentera EMRS, dengan kekuatan lapan anggota ke lokasi.

“Setiba di lokasi, kemalangan didapati melibatkan sebuah lori yang membawa perkakasan jentera yang hilang kawalan, sebelum merempuh belakang sebuah lori yang rosak, yang diparkir di tepi jalan hala Miri ke Bintulu.

“Impak kemalangan menyebabkan kepala lori remuk dan pemandu lori yang melakukan rempuhan tersepit manakala pemandu sebuah lagi lori, cedera ringan, dan dapat keluar sendiri.

“Pasukan penyelamat kemudian menggunakan hydraulic rescue tool untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak paramedik Hospital Miri.

“Mayat mangsa yang kemudian dikenal pasti sebagai Zainal Junaidi, 44 tahun dari Tudan Desaras Fasa 6 dekat sini, kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya lagi. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru