Monday, August 15, 2022

PRU14: TheRakyat.com, persiapan terakhir bukti BN siap siaga untuk perang

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Gendang perang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) mula dipalu semalam apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarkan portal Barisan Nasional (BN), TheRakyat.com, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi.

Portal tersebut menurut Pengerusi BN Pusat itu akan menjadi wadah untuk maklumat yang tepat, cepat dan sah untuk seterusnya menangkis “berita palsu” pembangkang.

“Sesuai dengan peranannya menjelang PRU14, portal ini turut memaparkan butiran calon dan manifesto pilihan raya mereka.

“Tetapi yang paling penting, ia boleh digunakan untuk menghubungi rakyat dan membantu menentukan kemenangan BN pada PRU14,” katanya ketika melancarkan portal tersebut semalam.

Turut hadir Timbalan Pengerusi BN Pusat, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan ketua-ketua parti komponen serta pimpinan tertinggi Majlis Tertinggi BN, termasuk Pengerusi BN Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan ketua komponen BN Sarawak yang lain.

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri James Jemut Masing diwakili Timbalan Presidennya, Datuk Seri Joseph Entulu Belaun kerana kematian bapa mertuanya, Datuk Seri Nyipa Bato semalam.

Kata Najib, antara kandungan portal tersebut termasuklah temu bual bersama-sama personaliti BN, infografik, analisis dan maklumat pilihan raya lain.

Ia disediakan dalam enam bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil, Iban dan Kadazan-Dusun.

Sejurus pelancaran dan majlis makan malam, sekitar jam 9 malam tadi, Najib mempengerusikan mesyuarat khas pimpinan BN untuk membincangkan persiapan dan pelbagai agenda berkaitan PRU14.

Mandat BN akan tamat pada 24 Jun depan, namun pilihan raya diura-urakan selepas Tahun Baharu Cina.  — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru