Tuesday, October 4, 2022

PM Najib: Kerajaan guna duit hasil GST dengan telus

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri menyifatkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)  sebagai sistem percukaian yang sangat progresif sehingga 165 negara dunia menggunakan sistem berkenaan, termasuk, terbaharu India dan negara-negara Teluk.

“Kalau tidak ada GST, kita terpaksa guna SST. Kita tidak cukup menampung perbelanjaan negara,” kata Datuk Seri Najib Razak dalam program Bicara 4 Mata yang disiarkan melalui TV1 dan TV3 malam tadi.

Katanya dalam program yang diacarakan pengacara terkemuka Datuk Aznil Nawawi, apabila harga minyak jatuh, merudum daripada AS$110 kepada AS$30 setong, sepatutnya Malaysia sebagai sebuah ekonomi, kita terjerumus kepada kemelesetan tetapi negara ini tidak berdepan masalah berkenaan.

“Bila ada kemelesetan, ekonomi menguncup. Bila ekonomi menguncup orang kena buang kerja, peluang perniagaan terbatas, orang susah dan sebagainya tetapi keadaan hidup berjalan macam biasa, tidak ada apa-apa kesan,” ujarnya.

“Minyak turun merudum pun kita masih lagi tidak buang penjawat awam, perbelanjaan kerajaan berjalan seperti biasa walaupun ada sikit pengurangan. Tetapi umumnya orang tidak dapat kesan dengan kejatuhan harga minyak dan komoditi kepada negara kita,” katanya lagi.

Menjawab soalan bagaimana duit dikutip oleh kerajaan melalui GST,  digunakan, Najib menjelaskan bahawa kerjaaan menggunakan duit berkenaan dengan telus.

“Kita punya perbelanjaan telus. Bila kita ada GST, kita gunakan untuk program-program yang saya sebutkan tadi, BR1M, tolong nelayan, pesawah padi, perbelanjaan kesihatan dan pendidikan,” katanya.

Umpamanya, ujarnya,  pada tahun lepas, kerajaan berbelanja untuk kesihatan RM24 bilion sedangkan kutipan  cuma RM600 juta sahaja.

“Jadi, perbezaan itu kita tampung melalui pendapatan GST,” jelas Najib lagi. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru