Thursday, September 29, 2022

Pakatan Harapan umumkan tawaran PRU untuk rakyat Ahad ini

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Jika Barisan Nasional (BN) mula memalukan gendang perang dengan mesyuarat dan pelancaran portal ‘theRakyat’ malam tadi, Pakatan Harapan  difahamkan akan mengumumkan tawaran buat rakyat dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 Ahad ini.

“Pakatan akan membuat beberapa pengumuman penting, khasnya tawaran kepada rakyat yang mencerminkan gabungan itu sebagai kerajaan menanti bagi menggantikan BN,”  kata satu kenyataan Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan terdiri daripada PKR, DAP, Amanah dan Bersatu.

Tawaran itu, menurut satu kenyataan, akan dibentangkan pada Konvensyen Pakatan Harapan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam.

Pimpinan-pimpinan utama Harapan seperti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Tun Dr Mahathir Mohamad, Mohamad Sabu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Lim Guan Eng akan hadir menyampaikan ucapan mereka.

“’Konvensyen turut mendengar pidato daripada wakil masyarakat pelbagai latar belakang termasuk petani, bekas tentera, bekas penjawat awam, wakil Felda dan wakil artis melalui Pentas Rakyat,” kata kenyataan itu yang dipetik Suara Keadilan.

“Harapan juga akan membuat beberapa pengumuman penting bukan sahaja sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), malah juga tawaran sebagai ‘kerajaan menanti’,” kata kenyataan itu lagi. — Sarawakvoice

Gambar fail

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru