KUCHING: Kerajaan Negeri akan memperkenalkan kaedah microcip pintar bagi mengesan anjing-anjing peliharaan dan liar di negeri ini, pada suku pertama tahun ini.

Ketua Kesihatan Awam, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dr Cheong Yaw Liang berkata, kaedah itu akan dimulakan di Bau pada suku pertama tahun ini, sebagai projek perintis.

“Sebanyak 2,000 cip akan dipasang secara percuma, dengan pemilik anjing perlu membawa haiwan peliharaan mereka ke pejabat majlis untuk pembedahan kecil,” katanya ketika ditemui di Matang semalam.

Jelasnya, teknologi ini bukan baharu kerana ia telah digunakan di negara-negara lain.

“Ia penting untuk merekodkan data peribadi anjing tersebut, termasuk jangkitan Rabies selain memudahkan proses pengesanan,” jelasnya lagi. — Sarawakvoice