LABUAN: Dalam situasi ekonomi tidak menentu, Kerajaan Persekutuan meneruskan dasar subsidi tahunan RM11 juta untuk menampung kos pengangkutan perjalanan melalui laut Labuan-Sabah-Sarawak.

Subsidi diberikan bagi laluan;  Labuan-Menumbok-Labuan, Labuan-Kota Kinabalu-Labuan, Labuan-Sipitang-Labuan, Labuan-Limbang-Labuan dan Labuan-Lawas-Labuan.

Menurut kenyataan Perbadanan Labuan (PL) seperti dilaporkan Bernama, subsidi sejak 2014 itu bertujuan meringankan beban kewangan rakyat yang menggunakan pengangkutan laut berurusan di pulau tersebut.

-Pada 2016, kerajaan menghentikan pemberian subsidi penghantar barangan yang menggunakan feri ke Labuan, selepas mendapati peniaga gagal menurunkan harga barangan di pulau tersebut.

Anggota Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli yang juga Pengerusi PL percaya subsidi perjalanan menaiki feri dan bot laju meringankan beban belanja warga Sabah dan Sarawak yang kebanyakannya terdiri daripada golongan berpendapatan rendah. — Sarawakvoice

Foto Abu Nuha