Friday, October 7, 2022

Kanak-kanak disimbah air panas ketika ibu bertengkar dengan kekasih di Sibu

Secara Rawak

SIBU: Polis Sibu menahan seorang lelaki berusia 50 tahun di rumah sewanya di Jalan Oya di sini semalam, kerana disyaki melakukan penderaan terhadap anak teman wanitanya yang berusia lima tahun.

Lelaki tersebut kata Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zailanni Amit, dicekup sekitar jam 1.30 petang semalam setelah pihak polis menerima aduan daripada pasukan perubatan Hospital Sibu sekitar jam 3.30 pagi.

“Siasatan awal mendapati kanak-kanak perempuan itu melecur di kedua-dua pahanya selepas disimbah air panas oleh teman lelaki ibunya itu apabila suspek bertengkar dengan ibu mangsa sekitar jam 10.00 malam.

Mangsa kata Zailanni, terus dikejar oleh ibunya ke restoran di bawah bilik sewa mereka untuk mendapatkan bantuan sebelum seorang pelanggan bertindak menghubungi ambulans dan mengejarnya ke Hospital Sibu.

“Mangsa dilaporkan stabil, dan pemeriksaan lanjut mendapati kanak-kanak itu mengalami lecur pada kedua-dua pehanya,” katanya lagi.

Sambil mengesahkan satu laporan polis telah dibuat, Zailanni memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana melakukan penderaan. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru