Saturday, October 8, 2022

Bujang Saribas mengganas, budak lelaki jadi mangsa di Kampung Dit, Debak

Secara Rawak

DEBAK: Bujang Saribas mengganas lagi, kali ini seorang budak lelaki berusia 12 tahun dari Kampung Melayu Dit Debak menjadi mangsa terbaharu pemangsa ganas itu petang semalam.

Dalam kejadian yang dikatakan berlaku kira-kira jam 5. 30 petang, mangsa Abang Mohamad Haikal Abang Suip sedang memancing di tebing sungai bersama-sama beberapa orang rakan.

Dalam keasyikan mangsa bersama rakan-rakan memancing, secara tiba-tiba seekor buaya muncul dari dalam air dan menyambar mangsa.

Mangsa kemudiannya diseret dan dibenam haiwan tersebut ke dalam air dan menghilang dari pandangan.

Rakan-rakan mangsa yang tersentak dengan kejadian itu terus berlari memberitahu penduduk untuk mendapatkan pertolongan.

Ekoran daripada insiden itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) terus dijalankan serta merta pada petang semalam.

Operasi mencari disertai penduduk kampung bersama Angkatan Pertahanan Awam (APM ) Betong, PDRM Betong / Debak dan pihak bomba.

Setakat berita ini ditulis jam 9 malam mangsa kasih belum dijumpai lagi. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru