Monday, December 5, 2022

BN akan tampilkan manifesto terbaik untuk rakyat, kata Najib

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan menjadikan manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 sebagai yang terbaik dalam mengutamakan nasib rakyat.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak berkata beliau serta timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta barisan kepimpinan parti komponen berazam melakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara.

“Ia akan menentukan keutamaan kita dalam memperjuangkan nasib rakyat untuk lima tahun akan datang,” katanya sewaktu berucap melancarkan portal therakyat.com di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam tadi.

“Banyak sebab mengapa saya tidak mahu beritahu apa gambaran manifesto kita, tetapi insya-Allah apabila tiba masanya,  manifesto kitalah yang kita akan jadikan yang terbaik.

Portal theRakyat merupakan portal rasmi BN bagi pilihan raya umum akan datang.

Najib berkata BN bukan sekadar berjanji, namun akan melaksanakan manifesto seperti pada PRU13 yang hampir kesemua janjinya telah dilaksanakan untuk kepentingan rakyat.

Menurutnya, BN mempunyai pemimpin yang memahami isi hati rakyat dan bukannya seperti pemimpin pembangkang yang sekadar ingin membalas dendam dan memperjuangkan kepentingan peribadi.

“Kita ada agenda yang jauh lebih baik untuk rakyat dan negara, tidak pasti belah sana apa agenda. Kita (BN) mempunyai persefahaman yang jitu tetapi belah sana (pembangkang) marriage of convenience (kerjasama untuk mencapai tujuan peribadi) dan kita consistent, tetapi belah sana ‘consistently inconsistent’,” katanya.

Najib berkata persefahaman dalam kalangan parti komponen  lebih terserlah dengan pertemuan antara MCA dan Gerakan pada Sabtu ini berkaitan PRU14 sekali gus merupakan detik bersejarah kerana kali pertama diadakan. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru