Monday, November 28, 2022

Pekerja hotel mewah basuh cawan dan singki guna berus tandas, lap lantai dengan tuala mandi

Secara Rawak

BEIJING: Membasuh pinggan mangkuk termasuk gelas dan cawan menggunakan berus tandas!

Bahkan, berus tandas yang sama digunakan untuk membersih singki muka dan tandas sekali gus.

Sementara, tuala yang tersedia untuk tetamu turut digunakan untuk membersih lantai bilik hotel.

Itulah gambaran yang berjaya dirakam wartawan Pear

Video menggunakan kamera tersembunyi ketika mereka bekerja sebagai pelatih di tiga hotel terkemuka dan mewah di China itu.

Pemerhati majlis perbandaran bagi kebersihan, pelancongan, makanan dan keselamatan ubatan Harbin di Heilongjian memberitahu, pegawai penyiasat mengesahkan rakaman yang disiarkan Pear Video pada Selasa itu adalah tulen.

Bahkan, hotel bertaraf 5 bintang berkenaan menawarkan harga sewaan penginapan bermula dari 700 hingga 2,700 Yuan (RM433 hingga RM1,670) semalam itu diberi amaran agar tidak mengulangi kesalahan jijik memalukan itu.

Beijing Youth Daily turut melaporkan petugas kebersihan ketiga-tiga hotel jenama antarabangsa itu dikatakan melanggar peraturan standard proses pembersihan bilik tetamu.

Laporan turut menyebut ketiga-tiga hotel mewah tersebut diarah membayar denda, tanpa menyatakan jumlah denda yang dikenakan.

Sementara itu, pihak hotel mewah terbabit menyatakan kekesalan berkaitan insiden tersebut melalui media sosial rasmi mereka.

Mereka berjanji mengambil langkah sewajarnya mengelak peristiwa yang sama berulang.

Memetik South China Morning Post pada hujung Disember lepas, pihak hotel terbabit berkata, jika rakaman video tersebut terbukti benar, ia merupakan pencabulan serius terhadap piawaian kebersihan hotel mereka dan hal ini tidak boleh diterima.

Pihak hotel berjanji memantau semua aktiviti pekerja dan latihan mereka.

Pada masa yang sama, pihak pengurusan hotel bekerjama dengan pihak berkuasa tempatan memastikan semua langkah penjagaan kebersihan standard sentiasa dipatuhi.

Berita ini menjadi viral di seluruh dunia dan turut disebarkan oleh Fox News, Independent.uk, Channel NewsAsia, The Sun, Straitstimes.com dan beberapa laman berita terkemuka dunia yang lain , bahkan mereka menyebut nama hotel berkenaan secara jelas. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru