KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Datuk Amar Douglas Uggah sebentar tadi mengumumkan pelan tindakan 11 strategi untuk memerangi wabak Rabies di negeri ini.

Pelan tindakan ini katanya dalam sidang media khas sebentar tadi, diharap mendapat kerjasama penuh rakyat, kerana  operasi yang dijalankan selepas itu adalah untuk menjamin keselamatan dan menyelamatkan nyawa rakyat negeri Sarawak.

11 strategi tersebut adalah seperti berikut;

  1. Mewujudkan dan menyelenggara kawasan Imun di antara Sarawak dan Kalimantan (dari Teluk Melano ke Lubok Antu;
  1. Mewujudakan Zon Penampan di antara kawasan selatan dan tengah di Sarawak;
  1. Membendung serangan wabak anjing gila dalam kawasan dijangkiti (Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman);
  1. Pengasingan Pertahanan untuk menghalang penghantaran haiwan ke kawasan-kawasan baharu dan pengesanan awal kes baharu – daerah di sepanjang zon penampan dan sempadan utara merentasi Ba’ Kelalan, Bario);
  1. Meningkatkan keupayaan diagnostik makmal, lapangan dan pengawasan makmal rabies di Sarawak;
  1. Pelan pengurusan populasi anjing, promosi kebertanggungjawaban pemilikan, pengawalan kelahiran anjing;
  1. Mengukuhkan pengurusan dan pengawasan gigitan anjing;
  1. Memastikan simpanan sepertiga vaksin anti-rabies untuk manusia dan haiwan; dengan rabies immune globulin (RIG) untuk manusia;
  1. Tadbir urus yang baik;
  1. Meningkatkan keupayaan mengdiagnosis kes rabies manusia di Sarawak; dan,
  1. Menjalankan kajian terhadap kepelbagaian aspek rabies di Sarawak

Orang ramai juga tegasnya, diingatkan untuk terus berwaspada dan elakkan diri daripada digigit oleh anjing dan kucing.  — Sarawakvoice