PYONGYANG: Pemimpin kontroversi Korea Utara Kim Jong-un menempelak Amerika Syarikat (AS) berkata, “awas, hanya satu butang diperlukan untuk melancarkan peluru berpandu ke AS.”

Jong Un sempena ucapan tahun baru 2018 memperingatkan AS bahawa negara tersebut kini berada dalam lingkungan sasaran dan capaian senjata nuklear Pyongyang.

Beliau mengingatkan di televisyen Korea Utara bahawa butang untuk melancarkan peluru berpandu sentiasa berada pada hujung jarinya.

Jong Un menganggap AS tidak lagi sedia melancarkan perang kerana kini kemampuan Pyongyang-Washington adalah seri.

Jong Un mengaku, Korea Utara sedia memberi tumpuan kepada pengeluaran peledak nuklear dan peluru berpandu balistik secara besar-besaran dan sanggup digunakan jika Pyongyang terancam.

Korea Utara menjalankan enam ujian peluru berpandu balistik sepanjang 2017 menegangkan Semenanjung Korea. – Sarawakvoice