Tuesday, August 16, 2022

Pemansuhan tol lancarkan aliran trafik, kurangkan kos sara hidup rakyat

Secara Rawak

SHAH ALAM: Ketua Umno Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari  yakin pemansuhan tol  Batu Tiga dan Sungai Rasau  berkuat kuasa esok dapat mengurangkan kos sara hidup dan melancarkan aliran trafik di kawasan terbabit.

“Saya fikir, pemansuhan Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau bukan sahaja mampu mengurangkan kos sara hidup rakyat, malah bahkan sedikit banyak mampu melancarkan aliran trafik di kedua-dua arah terutama pada waktu puncak,” katanya.

Pemansuhan tol berkenaan dijangka bukan sahaja memberi manfaat kepada warga Shah Alam, tetapi memberi kesan kepada seluruh rakyat Selangor.

Pemansuhan tol berkenaan diumum  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Pembentangan Bajet 2018 Oktober lalu.

Menurutnya, usul pemansuhan tol berkenaan dikemukakan Umno Shah Alam  sejak 2004 lagi, termasuk mengemukakan memorandum kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata, rakyat Shah Alam dan Selangor ingin mengucapkan terima kasih kepada Najib dan Pengerusi Umno Selangor Tan Sri Noh Omar yang tidak putus-putus memberikan sokongan kerana prihatin dengan suara dan kehendak rakyat untuk memansuhkan kedua-dua tol itu. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru