Thursday, June 30, 2022

Parlimen Langkawi, Kubang Pasu atau Putrajaya sasaran Mahathir bertanding PRU14

Secara Rawak

SHAH ALAM: Mahu bertanding Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), tiga kerusi menjadi sasaran Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad ialah sama ada Parlimen Langkawi, Kubang Pasu atau Putrajaya.

Bercakap pada sidang media di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam (IDCC), Mahathir yang pernah menjadi perdana menteri 22 tahun (1981-2003) turut mengaku beliau sedia menjadi perdana menteri sementara jika diberi peluang.

Berkaitan kenyataan Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan yang mengatakan pelantikan perdana menteri sementara tidak berperlembagaan Mahathir menjawab, “siapa peduli Pas?”

Pada mesyuarat biro politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) 19 Disember lalu, PKR secara secara prinsip bersetuju agar Mahathir dipilih sebagai Perdana Menteri sementara dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri sementara.

Isu ini dikatakan mendapat restu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kefahaman bahawa Anwar akan dibebaskan dan menggantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri sebenar selepas itu.

Mahathir turut memperjelas berkaitan permohonan maaf atas segala kesalahannya selama berkecimpung dalam politik, sebagai adat dan sifat orang Melayu yang dikatakan perlu merendah diri.

“Kemungkinan perkara yang kita lakukan itu salah pada pandangan orang…. Saya minta maaf sejak… berkecimpung dalam politik sejak 1945,” ujar Mahathir. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru