Tuesday, June 28, 2022

Mahathir yakin menang  jika bertanding di 3 kawasan

Secara Rawak

SHAH ALAM: Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai semangat dan azam untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Jika cadangan parti diterajuinya hendak dilaksanakan, yang mahu beliau dilantik sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang dalam PRU-14, maka Tun Mahathir mempunyai tiga kawasan pilihan.

“Mereka beritahu saya, saya mempunyai peluang cerah untuk menang di Langkawi, Kubang Pasu atau Putrajaya.

“Saya sedia bertanding. Saya sedia bertanding di salah satu daripada tiga kerusi itu,” katanya  pada sidang media selepas selesai Perhimpunan Agung Tahunan parti di Shah Alam.

Ketika ditanya sama ada  beliau akan bertanding, Tun Mahathir hanya memberi reaksi, “nampaknya macam tulah.”

Ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun Tun Mahathir pernah mewakili Kubang Pasu, manakala Langkawi maju atas inisiatif beliau.

Putrajaya, pusat pentadbiran baharu yang moden pula dibuka pada zaman pemerintahannya.

Atas kepercayaan itu, beliau yakin dapat menang di kawasan terbabit meskipun penganalisis politik percaya peluangnya lebih cerah di Kubang Pasu. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru