KUCHING: Hanya lapan buah kawasan masih terjejas banjir di utara Sarawak dengan dua daripadanya di Beluru manakala selebihnya di Subis, lapor Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri pada jam 8 pagi semalam..

Jurucakapnya, Ismail Mahedin, ini membuktikan banjir semakin reda, ketika hujan diramalkan hanya turun di Bintulu pada malam ini.

Bagaimanapun kata Ismail, Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan bahawa ribut petir dijangkakan di perairan Bunguran dan Reef South serta perairan Sarawak secara berterusan dan boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.

Ini berbahaya kepada bot-bot kecil, katanya lagi. – Sarawakvoice