SARIKEI: Seorang wanita maut setelah kenderaan Perodua Kenari yang dipandunya ketika pulang ke rumah hilang kawalan sebelum terbabas dan terhumban ke dalam parit sedalam dua meter di Jalan Kim San dekat sini awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata,
pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 4.23 pagi dan Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei dengan pantas mengatur gerak sebuah jentera FRT dan ambulans EMRS ke lokasi dengan kekuatan tujuh anggota.

“Setiba di lokasi, pasukan mendapati mangsa berada di dalam kenderaan yang terhumban … tidak sedarkan diri.

“Mangsa kemudian berjaya dikeluarkan oleh pasukan sebelum pasukan paramedik mengesahkan dia telah meninggal dunia.

Mangsa kata Ling Hii, kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Identiti mangsa kemudian dikenal pasti sebagai Wong Pik Kiong, 57 tahun. – Sarawakvoice