DIYAKINI mempunyai formula terbaik, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mampu menyelesaikan konflik antara Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dengan Parti Rakyat Bersatu (UPP).

Abang Johari sebelum ini mengakui Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pernah mengalami konflik serupa sehingga berlakunya perpecahan dalam parti.

Krisis tersebut pernah menjejaskan kedudukan ahli polilik Dayak dari sayap Pesaka dalam krisis PBB dan Permas.

Abang Johari mengunjurkan, apabila konflik berakhir, kedua-dua pihak terlibat bersatu semula dengan pergerakan lebih teratur, kuat dan kedudukan ahli politik Dayak bertambah baik dalam PBB.

Ternyata, ahli politik Dayak lebih berperanan dalam parti dan menjadi tunjang kepada keutuhan dan kekuatan PBB ketika ini.

Justeru, Abang Johari melalui formulanya pasti mampu menyatukan SUPP dan UPP demi mengukuhkan kedudukan Cina lebih baik di kawasan Tengah Sarawak khususnya.

Penyatuan tersebut diharap dapat membawa suara dan cita-cita Dayak dalam arus pembangunan negeri ini seterusnya meganjak kaum Cina ke depan.

Sementara pada masa yang sama, Presiden SUPP menyeru bekas penyokong, ahli dan pemimpinnya supaya kembali ke pangkuan parti berkenaan.

Datuk Dr Sim Kui Hian di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Patinggi Abang Johari di Persidangan Perwakilan Triutahunan SUPP mengalu-alukan mereka memastikan kemenangan SUPP paa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Najib dan Abang Johari turut menyeru agar parti serpihan itu, UPP kembali ke pangkuan parti tertua Sarawak itu.

Krisis dalam SUPP menyebabkan terdapat pemimpin dan yang diketuai Datuk Sri Wong Soon Koh keluar parti, dan seterusnya menubuhkan UPP selepas berada dalam Teras untuk seketika.

Sementara, secara kolektif penyatuan SUPP-UPP memberi kekuatan dan semangat bagi PBB dan BN (Barisan Nasional) sama-sama berjuang merampas kembali tujuh kerusi SUPP yang tewas dirampas musuh politik pada pilihan raya lepas.

Pada PRU13, SUPP bertanding di tujuh kerusi Parlimen iaitu Bandar Kuching, Stampin, Sarikei, Sibu, Lanang, Miri dan Serian, namun tewas enam kerusi kepada DAP dan

PKR.

Hanya Datuk Seri Richard Riot Jaem berjaya mempertahan kerusi SUPP di Parlimen Serian.

Namun, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas, di bawah Presiden baharu Datuk Dr Sim Kui Hian, SUPP bangkit semula merampas empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada DAP.

Abang Johari menyifatkan, dengan tiada lagi sengketa dalam SUPP, bermakna parti tersebut terus utuh bertahan dan sedia berjuang merampas kerusi yang tewas pada PRU14 ini! – SarawakVOICE