Tuesday, June 28, 2022

Dr Mahathir mohon maaf atas kesilapan silam

Secara Rawak

SHAH ALAM:  Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui bahawa sebagai manusia biasa beliau turut melakukan kesilapan, justeru memohon maaf atas segala kesilapan yang dilakukan sepanjang perjalanan politiknya.

“Sebelum saya akhiri ucapan ini saya ingin pohon ampun dan maaf  jika terkasar bahasa dan tersinggung perasaan sesiapa,” katanya yang menerajui negara selama 22 tahun, dari 1981 hingga 2003.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Pertama Parti Pribumi Bersatu Malaysia, di IDCC Shah Alam hari ini.

“Saya seperti manusia lain tidak mungkin sunyi daripada  berkata dan melakukan kesalahan bukan sahaja hari ini tetapi sepanjang saya berkecimpung dalam bidang politik negara,“ katanya

Namun, Pengerusi Bersatu itu tidak pula menyatakan secara khusus kesilapan yang dilakukannya, tetapi ketika ditanya media kemudiannya sama ada ia merujuk kepada pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998, beliau berkata: “Kamu boleh tafsirkan mengikut apa yang kamu mahu.”

Pemecatan Anwar yang didakwa Dr Mahathir sebagai tidak layak jadi Perdana Menteri mencetuskan gelombang reformasi sehingga akhirnya terbentuknya Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Dr Mahathir sebelum ini dikatakan sebagai dalang di sebalik kejadian Memali, penderitaan banyak orang yang disumbat di dalam penjara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan beberapa lagi. – SarawakVOICE

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru