Sunday, September 25, 2022

Menilik tarikh  tepat PRU-14

Secara Rawak

Dalam tempoh dua minggu ini, saya menerima mesej “Parliament dissolved 11/1/18, nomination 11/3/18, voting 25/3/18”.

Malah, sehingga kelmarin saya masih lagi menerima mesej berkenaan melalui Whatsapp daripada kawan-kawan.

Saya kata, tidak masuk akal.

Semalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai tarikh pembubaran Parlimen dan hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-14 yang sedang tular dalam media sosial.

Pengerusinya Tan Sri Mohd Hashim Abdullah dalam kenyataannya semalam berkata, mesej yang sedang tular dan mendakwa kononnya Parlimen akan dibubarkan pada 11 Jan 2018, penamaan calon pada 11 Mac dan hari mengundi ditetapkan pada 25 Mac, adalah tidak munasabah.

“Ini kerana tarikh pembubaran dan pengundian yang dinyatakan adalah melebihi tempoh 60 hari seperti yang dinyatakan bawah Perkara 55(4) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahawa apabila Parlimen dibubarkan, suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh bubar,” katanya lagi.

Ujarnya, hak membubarkan Parlimen adalah bawah perkenan Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.

Sesungguhnya, bagi mereka yang mengikuti perkembangan politik dan pilihan raya sama sekali tidak logik untuk tempoh antara bubar

Parlimen dengan tarikh mengundi begitu lama.

Meskipun demikian, tempoh antara tarikh penamaan calon dengan mengundi seperti yang ditularkan itu adalah munasabah.

Kita ambil contoh apa yang berlaku pada PRU-13.

Pembubaran Parlimen berlaku pada 3 April 2013.

Pada  10 April, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh penamaan calon dan mengundi.

Tarikh penamaan calon adalah pada 20 April, manakala tarikh mengundi adalah pada 5 Mei.

Bermaksud, tempoh berkempen adalah selama 15 hari.

Bagaimanapun, telahan mesej tular tentang bulan pilihan raya umum sudah menjadi rahsia umum, iaitu Mac 2018.

Tetapi jangan terkejut jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melewatkannya. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru