Friday, September 30, 2022

Warga Aceh bertafakur, berdoa ingati 170,000 mangsa tsunami

Secara Rawak

JAKARTA:  Sebahagian masyarakat di Aceh semalam mengambil kesempatan mengunjungi perkuburan besar mangsa tsunami 13 tahun lalu, sambil membaca doa dan bertafakur kepada mereka yang sudah pergi.

Ada daripada mereka kelihatan tidak dapat menahan duka dan sedih.

“Di hamparan tanah dengan rumput tipis di atasnya, ada beberapa di antara penziarah yang tak kuasa menahan tangis. Ada pula yang terdiam dan sesekali bibirnya terkatup, dan memilih bertafakur seorang diri,” lapor BBC Indonesia.

Tsunami yang membadai lapan negara, dengan Aceh kawasan paling teruk, menyaksikan 280,000 orang terkorban.

Di Aceh sahaja 170,000 mangsa terkorban ketika tsunami paling dahsyat pada skala 9.3 Richter itu meluluhlantakkan Aceh, terutama di wilayah barat.

Gampong Pande, sebuah daerah di sini menerima kesan paling teruk pada 26 Disember 2004, kerana jaraknya sekitar 100 meter dari gigi pantai. Lebih daripada separuh penduduknya dilaporkan hilang atau terkorban.

Sebahagian mangsa kemudiannya dikebumikan secara beramai-ramai di beberapa kawasan.

Ketua Ikatan Ahli Geologi Indonesia (IAGI) Aceh Faisal Adriansyah berkata, musibah tsunami perlu dikongsikan terus-menerus kepada generasi akan datang sebagai pembelajaran.

“Ini menjadi penting bahwa musibah tsunami menjadi pelajaran berharga agar kita siaga bencana. Jangan sampai suatu saat air laut surut, kita sibuk menangkap ikan. Tapi kita tidak tahu bahawa itu merupakan isyarat akan adanya gelombang yang akan datang dan menyapu bersih negeri kita kembali,” kata Faisal seperti dipetik BBC.

Selain ada yang mengadakan simulasi berkenaan tsunami, dilaporkan nelayan di pelbagai wilayah pesisiran Aceh tidak turun ke laut bagi mendoakan mangsa yang meninggal dunia. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru