Thursday, December 1, 2022

Tiada halangan Bersatu adakan AGM Sabtu ini

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) menyambut baik langkah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengadakan mesyuarat agung tahunan pertamanya (AGM) pada 30 Disember ini di Shah Alam, Selangor.

Ketua Pengarah RoS Surayati Ibrahim menegaskan, tidak timbul isu yang mendakwa AGM pertama parti itu perlu mendapatkan kebenaran daripada RoS.

“Ini bukan mengenai kelulusan RoS ke apa, tetapi adalah PPBM itu sendiri menunaikan tanggungjawabnya terhadap perlembagaan parti itu sendiri,” katanya seperti dipetik BNBBC.my portal, Selasa.

“Urus tadbir parti mestilah bertanggungjawab melaksanakan mengikut perlembagaan parti mereka, itu yang betul dan patut dilakukan. Tak ada halangan pun dari RoS, dah memang tanggungjawab dia,” katanya.

Difahamkan PPBM yang terdesak dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh RoS bahawa parti itu berkemungkinan tidak boleh bertanding pada PRU-14 ini, telah mendorong mereka untuk melaksanakan AGM sulung mereka pada tahun ini juga.

Perkara itu telah diumumkan oleh Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada minggu lalu bahawa mesyuarat itu akan dihadiri pengerusi tetap, timbalan pengerusi tetap, ahli majlis tertinggi dan perwakilan dari 137 bahagian.

RoS pada bulan lalu memberi amaran bahawa parti itu mungkin dibatalkan penubuhannya kerana telah melanggar perlembagaannya sendiri dan juga Akta Pertubuhan kerana gagal mengadakan AGM selepas setahun ditubuhkan.

Suriyati berkata, PPBM perlu menyelesaikan perkara itu secepat mungkin sekiranya ingin mengambil bahagian dalam pilihan raya umum akan datang.

“PPBM diluluskan sejak lebih setahun lalu (September 2016), kalau ikutkan perlembagaan, mereka kena ada AGM. Alasan bahawa kelemahan dari segi struktur dalaman parti bukan masalah kita,” katanya. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru