MAKASSAR: Gara-gara cintanya ditolak, seorang remaja di sini nekad memperlakukan tindakan keji.

Berang cinta ditolak, seorang lelaki sanggup membunuh ​dan memperkosa mayat ​gadis yang dicintai, lapor portal antarabangsa.

Akhirnya, sepandai-pandai tupai melompat jatuh ke tanah juga.

Suspek yang dikenali sebagai Putra atau Utta, 19, mahasiswa pelayaran Barombong ditangkap pada Sabtu mengaku membuang mayat Martini ke dalam semak setelah membunuh dan menyetubuhi mangsa sebelum melarikan diri ke Makassar.

Insiden berlaku pada Selasa lalu  apabila mangsa, Martina Marni, 21, ditikam sebelum  menyetubuhi jasad pujaan hatinya itu.

Mayat mahasiswi jurusan Bahasa Inggeris di Universitas Kristen Indonesia di Toraja itu ditemui di kawasan semak dan ditutupi ranting pokok serta daun, di Marrang pada Selasa malam.

“Setelah melakukan penjajakan terhadap siswa-siswa pelayaran dari Tana Toraja, maka ditemukan identiti pelaku yang dimaksud sebagai pelaku pembunuh Martina. Akhirnya, pelaku pun berhasil ditangkap tanpa perlawanan. Pelaku pun mengakui telah membunuh Martina dan jenazahnya dia setubuhi,” kata jurucakap polis yang dipetik Tribun Medan.

Polis ​turut merampas beberapa barang bukti termasuk dua telefon bimbit milik mangsa yang diambil suspek setelah melakukan pembunuhan. – Sarawakvoice