Wednesday, August 17, 2022

Perkasa: Rasuah, salah guna kuasa sakiti hati dan jiwa rakyat

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Di sebalik kontroversi skandal tanah Felda di ibu negara, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, Akta Sabotaj Ekonomi Negara perlu  digubal sebagai mekanisme untuk mencegah rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Katanya, penyalahgunaan kuasa dalam isu berkenaan ialah bukti kukuh untuk kerajaan mewujudkannya.

“Selepas satu demi satu berita rasuah dan penyalahgunaankuasa yang amat menyakiti hati dan jiwa rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Belum pun selesai dan diambil tindakan serta dihukum, terbongkar pula penyalahgunaan kuasa mengenai yg bernilai ratusan juta ringgit dirompak secara terancang,” ujarnya lagi.

Menurut Ibrahim, kerajaan sepatutnya bimbang kerana isu tanah Felda yang bernilai ratusan juta boleh memberi ancaman kepada keselamatan negara.

“Bila rakyat marah, berbagai-bagai perkara dan angkara boleh berlaku yang akhirnya mengancam keamanan dan keselamatan negara,” katanya lagi.

“Mereka yang disyaki terlibat dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah boleh ditahan serta-merta selama 30 hari tanpa mendapat perintah mahkamah,” katanya.

“Hukuman rasuah dan penyalahgunaan kuasa mesti ada hukuman mandatori rotan, rampasan harta dan minimum hukuman penjara sekurang-kurangnya 10 tahun,” katanya lagi. -Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru