Monday, November 28, 2022

China tutup 13,000 laman web

Secara Rawak

BEIJING: China menutup atau membatalkan lesen 13,000 laman web sejak 2015, didakwa melanggar peraturan internet negara itu, lapor media tempatan, hari ini.

Agensi Xinhua berkata, kerajaan Komunis negara itu terus mengetatkan peraturan internet yang sedia tegas, tindakan dianggap pengkritik semakin diperhebat sejak Presiden Xi Jinping berkuasa pada 2012.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) Wamng Shengjun yang dipetik agensi berkenaan berkata, hampir 10 juta akaun pengguna media sosial ditutup kerana didakwa ‘melanggar protokol perkhidmatan.’

“Tindakan ini mempunyai kuasa pencegahan berkesan,” katanya seperti dipetik Xinhua.

Pihak berkuasa termasuk Pentadbiran Ruang Siber China dilaporkan telah memanggil 2,200 pengendali laman web untuk perbincangan dalam tempoh berkenaan.

Di negara1.3 bilion jiwa itu, semua laman web wajib didaftar dengan pihak berkuasa.

Mereka bertanggungjawab memastikan kesahihan maklumat seperti termaktub dalam peraturan yang dikuatkuasakan sejak 2000. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru