Friday, October 7, 2022

Redah banjir, jalan kaki sebelum temui dan selamatkan longgokan 4,232 balak curi bernilai RM700 ribu di Kakus

Secara Rawak

TATAU: Sarawak Forestry Corporation (SFC) dengan kerjasama Pasukan Polis Marin Wilayah Lima (PPMW5) Sarawak berjaya menumpaskan satu sindiket pembalakan haram, dengan menyelamatkan 4,232 batang balak pelbagai jenis bernilai RM700 ribu.

Komanden PPMW5, Asisten Komisioner Salehuddin Mat Zaman berkata, tangkapan dilakukan sekitar jam 3.45 petang, 19 Disember lalu di kawasan Sungai Mina, Kakus.

“Dalam operasi yang dianggotai 29 pegawai dan anggota itu, pasukan telah menemui longgokan kayu balak pelbagai saiz, yang dipercayai ditebang secara haram, dan siasatan lanjut mendapati ia tidak mempunyai tanda tukul atau “royalty mark” .

“Oleh yang demikian, suspek untuk kes ini telah melanggar kesalahan di bawah Ordinan Perhutanan 2015.

“Namun tiada suspek yang ditahan,” katanya lagi.

Sementara itu, jurucakap SFC berkata, operasi dilakukan di kawasan hutan simpan untuk pemuliharaan.

“Sebelum itu, pasukan penguat kuasa kita terlebih dahulu dimaklumkan tentang penemuan kawasan itu, oleh pasukan peronda.

“Justeru tindakan susulan dilakukan biarpun terpaksa berenang merentasi laluan yang terputus oleh banjir, selain berjalan kaki agak jauh,” katanya lagi.

Penemuan ini telah dilaporkan di Balai Polis Tatau dan kes dirujuk kepada Pejabat Hutan Bahagian Bintulu untuk tindakan lanjut, termasuk pelupusan. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru