Najib: Walau AS kuasa besar, jangan perlekehkan Malaysia

0
3

KUALA LUMPUR: Malaysia menyokong resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menolak keputusan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitumuqadis sebagai ibu negara Israel, kata Perdana Menteri.

“Walaupun dia  kuasa besar tetapi  jangan perlekehkan Malaysia!” kata Datuk Seri Najib Razak dalam catatan di laman Twitter berhubung tindakan AS  itu.

Najib  berkata Malaysia tidak bergantung dengan mana-mana negara termasuk AS dalam menyatakan pendirian berhubung perkara berkenaan.

“Tidak mungkin sampai bila-bila akan kita setuju,” tegas Najib.

Sebanyak 128 negara termasuk Malaysia pada Khamis mengundi menyokong resolusi PBB yang meminta AS menggugurkan pengiktirafan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Sebanyak 128 negara menyokong resolusi itu, sembilan menolak manakala 35 lagi berkecuali.

Negara Islam telah bangkit dengan mengadakan tunjuk perasaan atas pendirian yang diambil AS itu. – Sarawakvoice