Monday, December 5, 2022

Mary Christmas, dan Happy New Years terima kritikan

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Bagaimana Malaysia Airports boleh melakukan kesilapan paling mudah dari segi tatabahasa dan ejaan?

Sudah begitu terukkah penguasaan bahasa Inggeris sehingga sukar mengesan kesilapan paling asas itu?

Dalam usahanya untuk mengucapkan “Merry Christmas” dan “Happy New Year”, gegantung di Lapangan Terbang Kota Baru mengandung kesilapan yang menonjol.

‘Merry Christmas’ dieja ‘Mary Christmas’, dan ‘Happy New  Year’ menjadi ‘Happy New Years’.

Gegantung berkenaan telah diturunkan oleh Malaysia Airports, dan ia memohon maaf atas kesilapan berkenaan.

“Kami telah menerima beberapa maklum balas tentang gegantung Krismas yang dinaikkan secara khusus di  Lapangan Terbang Kota Bharu,” kata Malaysia Airports dalam Facebooknya.

“Kami segera menurunkannya selepas menyedari kesilapan berkenaan malam tadi. Kami ingin memberi jaminan ia tidak membabitkan lapangan terbang lain,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada netizen yang prihatin.

Ia juga memohon maaf atas kesilapan itu, dan turut mengucapkan Selamat Hari Krismas dan Selamat Tahun Baharu. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru