Thursday, September 29, 2022

Debat dengan Lina Soo di Kuching: Pandikar menikus

Secara Rawak

KUCHING: Selepas Speaker Dewan Rakyat  Tan Sri Pandikar Amin Mulia menikus dan tidak muncul dalam sesi debat mengenai Perjanjian Malaysia (MA) 1963 di sebuah hotel di sini petang semalam, Presiden Sarawak Reform Party (Star) Lina Soo mengambil kesempatan itu untuk menerangkan perjanjian berkenaan.

Pandikar telah menolak cabaran Lina untuk berdebat atas alasan cabaran berkenaan ditujukan beliau khas kepada para pemimpin dari Sabah sahaja.

Sebelum ini Pandikar telah mencabar  Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari untuk berdebat dengan beliau.

Pada sesi berkenaan Lina mengedarkan surat  jawapan bertarikh 22 Disember daripada Pandikar.

Yang turut hadir dalam sesi semalam ialah Hugh Lawrence Zehnder dari Star dan ahli Sarawak For Sarawakians (S4S).

Lina yang berucap di hadapan sekitar 100 peserta berkata, status Menteri Besar Selangor dan Ketua Menteri Pulau Pinang tidak sama dengan Ketua Menteri Sarawak, yang dakwanya, sama taraf dengan Perdana Menteri.

Bagi beliau, dalam soal ini, Pandikar ternyata silap.

Ujarnya, sebanyak 60 pindaan undang-undang dan perlembagaan telah dilakukan sepanjang 54 tahun lalu yang menyebabkan taraf Sarawak kini hanya menjadi sebuah negeri.

“Undang-undang petroleum telah juga menghakiskan hak orang Sarawak,” katanya, sambil membidas Ahli Parlimen dari Sarawak, termasuk pembangkang yang tidak melindungi hak Sarawak di Dewan Rakyat. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru