Friday, December 2, 2022

Anjur Fiesta Samariang dalam skala lebih besar libatkan banyak pihak — Hasidah

Secara Rawak

KUCHING: Fiesta Samariang, program yang amat siginifikan dan dicadangkan pihak penganjur dapat memperluas program ini dalam skala lebih besar pada masa depan.

Menurut Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek) Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, fiesta tersebut wajar melibatkan lebih banyak pihak.

Menurut beliau, selain penyertaan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), penganjuran  perlu terbuka kepada agensi bukan kerajaan (NGO) dan individu yang sedia menjayakan program ini sebagai platform warga Samariang melakukan aktiviti kemasyarakatan bersama.

Fiesta Samariang dianjurkan oleh Kejiranan Mesra (KJM) Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) membabitkan lima kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Samariang.

Berucap pada Majlis Perasmian Fiesta Samariang 2017 di Dewan Serbaguna, Kampung Malaysia Jaya, Hasidah menganggap penganjuran Fiesta Samariang dapat meningkatkan kerjasama erat antara komuniti setempat dengan pihak berkuasa tempatan serta pelbagai agensi kerajaan serta swasta.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan pada fiesta tersebut, antaranya jualan produk dan perkhidmatan, pertandingan sukan rakyat serta pertandingan gendang Melayu dan sebagainya. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru