Wednesday, December 7, 2022

Rizab antarabangsa Bank Negara US$102.2 billion pada 15 Disember

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$102.2 bilion (RM431.6 bilion) setakat 15 Dis, 2017 berbanding US$101.9 bilion (RM430.4 bilion) pada 30 Nov, 2017.

Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata kedudukan rizab itu mencukupi bagi membiayai 7.5 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa itu merangkumi rizab mata wang asing (US$95.7 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (US$0.8 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$1.2 bilion), emas (US$1.5 bilion) dan aset rizab lain (US$3.0 bilion).

Aset-aset pula terdiri daripada emas dan tukaran asing serta rizab lain termasuk SDR (RM431.583 bilion), kertas Kerajaan Malaysia (RM4.221 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM6.079 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.642 bilion), tanah dan bangunan (RM2.113 bilion) serta aset-aset lain (RM8.632 bilion). — BERNAMA

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru