Wednesday, September 22, 2021

Najib ke Kuching esok, rasmi mesyuarat SUPP dan lawat Kampung Bako

Mesti baca

KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan sehari di sini esok.

Beliau dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 9.40 pagi, dan disambut oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional pusat dijadualkan menyempurnakan Majlis Penutupan Persidangan Perwakilan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang ke-24 di Ibu Pejabat SUPP, Jalan Tan Sri Ong Kee Hui, sekitar jam 10 pagi.

Perasmian ini penting kerana beliau dijangka memberikan amanat mengenai persediaan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14.

Malah beliau dijangka memberi maklum balas mengenai cadangan lebih banyak wakil SUPP dalam kabinet, jika calon parti itu menang dalam pilihan raya akan datang.

Ketika ini wakil tunggal SUPP dalam kabinet hanyalah Ahli Parlimen Serian, Datuk Seri Richard Riot Jaem, setelah semua calon lain dilanda tsunami politik pada pilihan raya lalu.

Pada jam 12 tengah hari, Perdana Menteri dijangka menghadiri Taklimat Pembinaan Jambatan Sungai Bako dan program walkabout Kampung Bako di Masjid Kampung Bako.

Turut hadir ialah Abang Johari dan Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Datuk Seri Najib dijadualkan berangkat balik ke Kuala Lumpur sekitar jam 2 petang. – Sarawakvoice

Secara Rawak

Artikel Terbaru