Saturday, December 3, 2022

Mengapa memilih untuk buruk-burukkan negara?

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Cubaan untuk mengalih perhatian orang ramai daripada kemerosotan popularti yang dialami!

Demikian tanggapan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad berkaitan tindakan pembangkang mempolitikkan proses persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Melalui satu kenyataan media semalam, beliau berkata, seperti negara demokrasi lain, Malaysia juga melaksanakan urusan persempadanan semula kawasan sebelum pilihan raya diadakan bagi mencerminkan pertumbuhan penduduk.

Proses itu, tegasnya, ialah perkara biasa, dan tidak melibatkan campur tangan politik serta dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bersifat bebas.

“Realitinya ialah badan kehakiman Malaysia bersikap bebas dan adil. Keputusan yang kerap tidak menyebelahi kerajaan merupakan suatu perkara yang diketahui umum,” katanya.

“Pembangkang hanya bersungut apabila keputusan tidak menyebelahi mereka. Adalah memalukan apabila pembangkang memilih untuk memburuk-burukkan negara mereka sendiri di peringkat antarabangsa, semata-mata untuk mencari keuntungan politik,” katanya lagi. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru