Tuesday, October 4, 2022

Lim Kit Siang: Tidak terlintas di fikiran saya hendak jadi PM

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Lim Kit Siang. menegaskan tidak terlintas dalam fikirannya selama ini untuk menjadi Perdana Menteri  sekiranya Pakatan Harapan menang dalam pilihan raya umum akan datang (PRU) di sebalik pelbagai dakwaan bahawa Ketua Parlimen DAP itu berminat menjawat jawatan itu.

Meskipun telah mengabdikan diri selama 52 tahun dalam politik, Kit Siang berkata, tidak pernah memikirkan langsung untuk menjadi pemimpin negara.

Sebaliknya, kata Kit Siang, beberapa parti lain yang  memainkan propaganda tersebut, supaya majoriti rakyat takut untuk mengundi DAP pada pilihan raya umum akan datang.

Selain  Kit Siang, satu lagi nama yang diuar-uarkan berpotensi besar menjadi perdana menteri ialah Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun, rakyat mempertikaikan mengapa bekas pemimpin yang telah memerintah selama 22 tahun itu perlu diberi tempat semula, seolah-olah Pakatan Harapan ketandusan pemimpin.

Foto Lim Kit Siang

Tegasnya, pemimpin Umno yang menggerakkan kempen dan menyebarkan berita penipuan mengenai perkara ini bagi menakutkan pengundi dan  Melayu, dengan mengatakan bahawa DAP ialah parti yang anti-Islam serta Melayu.

“Tetapi sekarang, Presiden MCA pula turut menyebarkan pembohongan ini bagi menakutkan kumpulan kaum yang sama,” katanya dalam satu kenyataan, merujuk kepada Datuk Liow Tiong Lai, sambil menegaskan, aspek integriti amat penting dalam mengharungi dunia politik,.

Menurutnya, Tiong Lai bagai tidak belajar daripada kekalahan yang diterima partinya pada pilihan raya umum yang lalu.

Ujar Kit Siang, beliau terkejut dengan perkara itu kerana tindakan Tiong Lai tidak pernah dilakukan oleh Presiden MCA sebelum ini.

“Saya amat kasihan dengan Tiong Lai kerana akhirnya, beliau termakan dengan penipuan yang telah digembar-gemburkan oleh Umno dan Pas selama ini,” katanya. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru