Saturday, December 3, 2022

Kes belum berakhir, ibu mahu saman Cikgu Azizan cederakan anaknya

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Kes pertuduhan terhadap Cikgu Azizan Manap, 44, belum selesai sepenuhnya meskipun Mahkamah Majistret Seremban pada Selasa melepas tanpa membebaskan beliau daripada kes mencederakan muridnya pada Oktober lalu.

Majistret Mohd Zaki Abdul Rahman membuat keputusan tersebut selepas Jabatan Peguam Negara mengarahkan agar kes terbabit ditarik balik.

Tidak berpuas hari dengan keputusan berkenaan, memetik laporan Utusan Online, ibu murid tersebut yang dikenali sebagai Mas, 45, berkata, dia terkilan dengan keputusan mahkamah melepaskan cikgu di Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai di Negeri Sembilan itu.

Mas dikatakan menimbang untuk mengemukakan saman sivil selepas ini.

Mas berkata, mereka mempunyai bukti gambar dan laporan perubatan berkaitan anak bongsunya itu yang dikatakan mengalami kecederaan serius.

Mas mengaku pipi anaknya merah, manakala telinganya berdesing akibat ditampar.

Semua ini menurutnya di dedah pada sidang akhbar Rabu, hari ini.

Mas mendakwa, pihak sekolah juga tidak pernah memberitahu mereka bahawa anaknya itu mengalami masalah disiplin selama ini. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru