Tuesday, May 11, 2021

Apa kaitan tenggelamnya Titanic dengan sumpahan The Mummy

Mesti baca

Tenggelamnya kapal Titanic dikaitkan dengan artifak misteri dari makam Mesir kuno mumia atau khusus dikenali sebagai “The Unlucky Mummy”.

Tersebar kisah kutikan mumia Mesir itu terhadap nasib malang yag menimpa Titanic, bagaimanapun tidak dibuktikan.

Ini kerana, ketika Titanic tenggelam di Atlantik, mumia tersebut didakwa masih selamat di muzium di Britain.

Secara koronologinya, The Unlucky Mummy dibawa dari Mesir memasuki Britain pada abad ke-19.

Artifak aneh tersebut dibuktikan bukan benar-benar mayat yang diawetkan atau mumia, tetapi hanya barang berupa papan kayu dan plester seperti peti mati.

Tiada awetan mumia di dalamnya.

Pemilik barangan tersebut pernah menjadi pemimpin Amen-Ra.

Sejak ditemukan pada 1880-an, artifak tersebut dikaitkan dengan misteri dengan gambar wajah seorang wanita cantik yang aneh berekspresi wajah yang dingin.

Kisah mistik The Unlucky Mummy bermula apabila arkeologi bernama Thomas Douglas Murray membelinya.

Selepas mendapatkan artifak tersebut, Murray mengikuti acara menembak itik di Sungai Nil.

Bagaimanapun, sebelum pulang ke Eropah, Murray cedera pada lengannya akibat kesilapan menggunakan senjata.

Murray meninggal dunia sebelum mendapat rawatan yang tepat.

Montague Summers peneliti sihir, vampire pada awal 1900-an mendakwa Murray ialah mangsa pertama sumpahan mumia yang dibelinya itu.

Sementara, dua lagi pekerja Murray yang menguruskan peti artifak tersebut meninggal dalam tempoh dua bulan.

Summers mendakwa, pekerja ketiga turut maut selepas membuat gurauan tidak wajar berkaitan artifak berkenaan.

Kemudian, kisah kemalangan mengekori hampir semua individu yang ada kaitan dan berurusan dengan peti mumia tersebut sejak kedatangannya di Eropah.

Termasuk Warwick Hunt yang menerima artifak tersebut sebagai hadiah.

Semenjak artifak itu berada di rumahnya, Hunt mengalami kerugian wang yang cukup besar.

Akhirnya, Hunt menyumbang peti mumia tersebut ke Muzium Britain.

Cerita misteri peti mumia berkenaan menyebabkan ramai tertarik mahu menelitinya.

Seorang wartawan bernama Fletcher Robinson meninggal dunia semasa mengkaji peti mumia terbabit.

Memetik artikel disiarkan Okezone, kisah tenggelamnya kapal Titanic tidak apat dikaitkan dengan The Unlucky Mummy, kerana ketika kapal tersebut tenggelam, artifak terbabit masih berada di muzium Britain. – Sarawakvoice

Secara Rawak

Artikel Terbaru