Sunday, November 27, 2022

Warga emas wanita parah, 4wd rempuh belakang lori rosak di Sarikei

Secara Rawak

SARIKEI: Seorang pemandu warga emas parah selepas pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipandunya merempuh sebuah lori rosak di Kilometer 16, Jalan Sarikei-Bintangor (berhampiran dengan simpang Baron) dekat sini awal malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 7.03 malam dan sebuah jentera FRT serta ambulans EMRS segera diatur gerak ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei dengan kekuatan lapan anggota.

“Setibanya di lokasi, pasukan penyelamat melaporkan kemalangan tersebut melibatkan sebuah Toyota Hilux yang merempuh belakang sebuah lori yang berhenti di bahu jalan kerana rosak.

“Kemalangan melibatkan dua orang mangsa, dengan pemandu pacuan empat roda terbabit tersepit dan parah manakala penumpangnya tidak cedera dan berjaya keluar sendiri.

Kata Ling Hii, pasukannya kemudian bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum menyerahkan kepada pasukan paramedik Hospital Sarikei untuk tindakan selanjutnya.

Wanita warga emas yang parah itu kemudiannya dikenal pasti sebagai Utar Kuleh, 63 tahun, tambahnya lagi. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru