Tuesday, September 27, 2022

Tentera Rusia berundur dari Syria

Secara Rawak

MOSCOW: Rusia mula memanggil pulang sebahagian tenteranya di Syria, atas arahan Presiden Vladimir Putin, lapor agensi berita China Xinhua memetik media tempatan pada Selasa.

Putin memanggil pulang sebahagian tenteranya di negara itu semasa melawat pangkalan tentera Hmeymim di Syria pada Isnin.

Agensi berita Tass melaporkan, fasa pertama pengunduran tentera itu termasuk 23 pesawat tempur, 2 helikopter jenis Ka-52, anggota separa tentera, pasukan operasi khas dan pasukan perubatan tentera, kata komander pasukan Rusia di Syria, Sergey Surovikin.

Surovikin berkata, pangkalan udara Hmeymim dan pangkalan tentera laut Tartus akan dikekalkan untuk menjamin kestabilan di Syria pada masa depan.

Media tempatan melaporkan, dengan sokongan tentera udara Rusia, tentera Syria berjaya membebaskan 98% wilayah dikuasai kumpulan pengganas dalam tempoh 2 tahun.

Rusia memperuntukan purata 156 juta Rubel (AS$2.6 juta) setiap hari untuk menempatkan 69 pesawat perang di Syria.

Selain itu, 40 askar Rusia terbunuh dan sekurang-kurangnya 7 peralatan ketenteraan musnah sejak September 2015, ketika Moscow melancarkan operasi tentera ke atas kumpulan pengganas di Syria atas permintaan Damsyik. – Bernama

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru