Tuesday, December 6, 2022

Pengemis terima sedekah melalui imbasan kod QR, raih purata RM3,000 sebulan

Secara Rawak

JINAN: Penggunaan kod QR popular di dunia digital bagi tujuan pembelian produk atau muat turun perisian di internet.

Di China penggunaan kod QR secara imbasan, bahkan popular dan laku di gerai jualan tepi jalan.

Terkini, di China peminta sedekah turut menyediakan kod QR bagi memudahkan masyarakat yang murah hati menderma atau menyedekahkan wang melalui kemudahan era digital termasuk telefon pintar.

Pengemis menggunakan telefon pintar ini di kota Jinan, Shandong.

Bahkan, penggunaan kod QR dikatakan tersebar di beberapa daerah lain.

Pengemis membawa mangkuk yang turut berisi cetakan kod bar di dalamnya.

Bagi yang bermurah hati, mereka dapat memberikan wang kepada pengemis berkenaan menggunakan aplikasi Alipay, wallet WeChat atau beberapa aplikasi lain dengan mengimbas kod yang tersedia itu.

Setiap pengemis mendapat sedekah melalui imbasan kod QR, bernilai antara 0.7 yuan hingga 1.5 yuan (RM0.42 sen hingga RM0.90 sen)

Dengan mengemis selama 45 jam sepanjang seminggu, seorang pengemis mendapat sekitar 4,536 yuan (purata RM3,000) sebulan.

Bagaimanapun, syarikat pemasaran digital China Channel mengatakan kod QR yang disediakan pengemis memiliki tujuan lain selain menghasilkan pendapatan.

China Channel mengatakan banyak pengemis di Beijing menerima pembayaran dari syarikat niaga tempatan untuk setiap kod QR yang diimbas individu.

Syarikat yang menyediakan kod QR itu sebenarnya sedang mengumpul data dari profil WeChat individu untuk dijual kepada syarikat lain.

China Channel mendakwa maklumat individu digunakan bagi membanjiti mereka dengan iklan melalaui aplikasi yang tidaik diminta. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru