Tuesday, October 4, 2022

Rafizi kemungkinan berdepan saman fitnah sekali lagi

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Makan jangan sebarang makan, cakap jangan sebarang cakap.

Terlanjur perahu boleh diundur, terlanjur kata buruk padahnya.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli kemungkinan akan berdepan padah besar jika Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mengambil tindakan undang-undang terhadap fitnah yang disebarkannya.

Abdul Rahman dalam satu sidang media semalam menafikan sekeras-kerasnya mengenai tuduhan Rafizi bahawa beliau mempunyai apa-apa hubungan persaudaraan dengan Raslan Dahlan.

“Beliau bukan abang saya walaupun kami berkongsi nama bapa yang sama,” katanya dalam satu sidang media khas yang turut dihadiri Noor Raslan Md Dahlan.

Beliau  menyangkal dakwaan Ahli Parlimen Pandan itu bahawa kontrak pelaksanaan Ekspo Negaraku 201, diberikan kepada abangnya, Noor Raslan Md Dahlan.

Abdul Rahman berkata malah, Noor Raslan, Ketua Pegawai Eksekutif PICO Integrated Exhibit Sdn Bhd itu  juga tidak mempunyai pertalian saudara dengannya seperti yang didakwa.

Ekspo Negaraku yang berlangsung di Dataran Merdeka selama sebulan bermula 15 Nov lepas.

Ia merupakan ekspo interaktif julung-julung kali dianjurkan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri bagi memberi penerangan kepada rakyat mengenai perancangan pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan kerajaan.

“Menerusi sidang media di laman sosial ‘Facebook Live’ pada 1.30 petang ini, Rafizi sebanyak sembilan kali mengulangi dakwaan bahawa pemberian tender diberikan kepada abang saya iaitu Raslan Dahlan,” katanya lagi.

Justeru, Abdul Rahman berkata beliau akan berbincang dengan peguamnya dalam masa terdekat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi.

Abdul Rahman berkata, bagaimanapun sejurus 10 minit selepas sidang media berakhir, Rafizi bertindak memadamkan pautan rakaman sidang media itu.

“Walaupun beliau memadamkan bukti tuduhan itu, pegawai-pegawai saya sempat merakam dan ‘screenshot’ segala rakaman sidang media itu. Mungkin apabila tahu saudara Raslan bukan abang saya, cepat-cepat dia padamkan bukti,”katanya.

“Saya harap Rafizi berhenti daripada terus menjadi pembohong bersiri tegar dan takutlah kepada Allah,”katanya.

Abdul Rahman berkata beliau turut berharap kepemimpinan Pakatan Harapan mengarahkan Rafizi untuk segera menutup mulut kerana pembohongannya ini mengaibkan mereka. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru