Saturday, December 3, 2022

Peguam AS: Bebaskan Anwar jika kerajaan mahu beliau sembuh segera

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Jika kerajaan serius mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim segera sembuh daripada pembedahannya, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu perlu dibebaskan segera, kata Peguamnya dari Amerika Syarikat, Kimberley Motley

Bercakap pada sidang media di ibu pejabat Keadilan seperti dipetik lidah rasminya Suara Keadilan, Motley berkata langkah itu wajar memandangkan Perdana Menteri sendiri mengunjungi Anwar di Hospital Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berminat meninjau keadaan Anwar apabila menziarahinya. Maka, beliau tentunya akan terus berminat dan saya akan memaklumkan beliau akan perkara ini,” kata Motley yang juga seorang aktivis hak asasi.

Motley berhasrat untuk bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi merayu pembebasan Anwar memandangkan tempoh pemenjaraan Anwar tinggal enam bulan sahaja lagi, katanya dalam laporan itu.

Anwar yang kini dipenjarakan selama lima tahun kerana sabitan Fitnah II dijangka bebas seawal Jun 2018.

Malah, Anwar yang menjalani pembedahan bahu pada 12 November lalu menanggung kesakitan dan tidak dapat menjalani proses pemulihan tanpa sebarang kekangan.

Beliau dibedah selepas konvoi kereta rombongan yang memindahkannya dari Hospital Kuala Lumpur ke Penjara Sungai Buloh terlibat kemalangan jalan pada 22 September.

Beliau dalam perjalanan ke penjara selepas mengalami tekanan darah rendah pada 19 September. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru