Tuesday, December 6, 2022

Kanak-kanak 13 tahun bunuh dan penggal kepala ibunya sendiri

Secara Rawak

BEIJING: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun di kota Wenxing di wilayah Sichuan ditangkap kerana dipercayai  membunuh ibunya sendiri sebelum memenggal kepalanya.

Kanak-kanak tersebut dilaporkan merakamkan pembunuhan tersebut dan mengirim rakaman tersebut kepada beberapa temannya melalui aplikasi mesej popular China, WeChat, lapor BBC.

“Dia ditangkap beberapa hari kemudian setelah seorang temannya menunjukkan rakaman video itu kepada ibunya,” lapor BBC.

Polis setempat berkata, masih menyiasat kes itu, dan menambah bahawa pelajar berkenaan ditangkap di sekolahnya.

Anak laki-laki tersebut disebut membunuh ibu kandungnya pada  malam Ahad, setelah mereka bertengkar, lapor Radio Free Asia, mengutip sumber sekitar.

Perbagai sumber berkata, kanak-kanak itu kemudian memenggal kepala ibunya, lalu memasukkannya ke dalam baldi, sebelum membuangnya di saluran pembuangan di luar rumah mereka. – Sarawakvoice

Gambar hiasan

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru