Tuesday, June 28, 2022

Tindakan Trump ancam keamanan dunia, cetuskan senario bahaya

Secara Rawak

KUALA TERENGGANU: Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel  akan mencetuskan senario politik dunia yang amat  berbahaya dan boleh mengancam keamanan dunia.

Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad berkata, yang jelas Trump menjadi kuda kepada Israel yang sudah lama mahu  Baitulmaqdis menjadi ibu kota Israel sekali gus mahu menggambil alih Masjid Al Aqsa dan meruntuhkannya untuk membina Kuil Sulaiman yang kononnya adalah tempat rumah ibadat Yahudi.

Tindakan berkenaan, ujarnya, telah melanggar kesepakatan dunia mengenai kedudukan kota suci Al-Quds.

“Saya yakin bahawa semua ahli-ahli yang berhormat yang ada didalam dewan yang mulia ini, merentas parti politik akan turut bersama menyokong solidariti kita bersama rakyat Palestin dan bumi Al- Quds yang diistiharkan dari Dewan yang mulia ini,” katanya ketika mengemukakan usul membantah kebidaban AS dan Solidariti Kita Bersama Baitulmaqdis di Dewan Undangan Negeri Terenggan, pagi ini.

“Saya juga yakin semua ahli dewan dari pelbagai parti politik bersetuju untuk kita mengambil sikap tegas terhadap agenda Zionis yang terus berlaku biadap dan ganas terhadap hak umat Islam Palestin dan mencabar umat Islam seluruh dunia,” katanya.

Syed Azman berkata, isu ini  merentasi tuntutan agama kerana ia berkait dengan kepentingan keamanan , kemanusiaan , kebebasan dan kedaulatan serta hak rakyat Palestin.

“Amat wajar Dewan yang mulia ini membincang serta membahas isu yang amat penting ini kerana seluruh dunia telah menyatakan penolakan dan kecaman kepada Trump,” katanya lagi.

“Saya berrpendirian adalah wajar seluruh ahli-ahli Dewan tanpa mengira parti menyokong dan meluluskan pendirian kita bersama untuk membantah pengistiharan Presiden Trump ini,” tegasnya. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru