Tuesday, October 4, 2022

Polis lakukan 25 serbuan, tahan 44 kaki judi sepanjang minggu lalu

Secara Rawak

KUCHING: Polis Sarawak melaksanakan 25 serbuan yang berjaya sepanjang 4 hingga 10 Disember lalu, dalam usaha membanteras aktiviti judi haram di negeri ini.

Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dev Kumar berkata, dalam serbuan tersebut, 44 individu yang merupakan pengendali dan kaki judi berjaya dijaring.

“Daripada jumlah itu, 19 serbuan adalah berkait dengan jualan loteri 4D haram.

Sebanyak enam serbuan katanya, dilakukan oleh pasukan siasatan jenayah Kontijen Negeri dengan serbuan berpusat di Miri dan Padawan.

“Sebanyak empat serbuan lagi masing-masing dilakukan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, Sibu, Miri manakala dua serbuan dilaksanakan IPD Padawan.

“IPD Kota Samarahan, Sarikei, Bau, Limbang dan Kanowit pula masing-masing melaksanakan satu serbuan.

Katanya, dalam usaha untuk menghapuskan perjudian dalam talian, polis Sarawak telah menyerbu kedai-kedai serbaneka 24 jam yang menawarkan khidmat tambah nilai kepada penjudi dalam talian.

“Sebanyak lima serbuan dilakukan di Miri, Padawan dan Sarikei yang mengakibatkan penangkapan lapan penyedia perkhidmatan dan penyitaan 12 komputer dan tablet selain wang tunai berjumlah RM3,415.

“Sebanyak 19 serbuan lagi dilakukan di kaunter penjualan 4D haram di sembilan¬† daerah.

Sebanyak 21 tangkapan berjaya dilakukan manakala wang tunai berjumlah RM2,326 disita, bersama-sama telefon bimbit, pencetak mudah alih, kalkulator, slip pertaruhan dan alat tulis.

Pada jam 11.00 malam 7 Disember kata Dev, sepasukan anggota siasatan jenayah IPK Sarawak telah menyerbu sebuah kafe di Jalan Masjid, Miri dan menangkap 15 individu yang leka berjudi holo.

“Peralatan perjudian dan wang tunai berjumlah RM1,672 turut dirampas.

Jelasnya lagi, daripada 44 individu yang dicekup, 34 adalah lelaki manakala selebihnya perempuan. Mereka berumur di antara 18 dan 68 tahun, dengan lapan daripada mereka adalah warga asing.

Kesemua mereka yang ditahan disiasat di bawah kesalahan Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru