Tuesday, December 6, 2022

Batal rundingan tahunan dengan Singapura, Najib ke Istanbul hadiri Perhimpunan Khas OIC tentang isu Baitulmaqdis

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak membatalkan rundingan tahunan Kerajaan Malaysia -Singapura yang dijadualkan minggu depan bagi memenuhi undangan Persidangan Khas OIC bagi membincangkan isu Baitulmaqdis.

Berucap pada penangguhan Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam, beliau membuat keputusan itu kerana ia melibatkan pegangan agama dan kepercayaannya.

“Tiga hari lepas, Presiden Erdogan menelefon meminta saya hadir Persidangan Khas OIC kerana suara Malaysia penting.

“Saya batalkan rundingan tahunan dengan Singapura dan terangkan kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong, isu Baitulmaqdis ini cukup penting kepada umat Islam Malaysia dan seluruh dunia.

“Insya-Allah, saya akan hadir Persidangan Khas OIC di Istanbul pada 13 Disember ini.

Katanya, beliau tidak redha nasib umat Islam tertekan dalam apa jua keadaan!

“Saya nak beritahu mereka bahawa UMNO, umat Islam Malaysia akan tentang habis-habisan, sampai bila-bila takkan kita terima !

Baitulmaqdis penting katanya, sebab ia kota suci ketiga umat Islam dan ia perlu dipertahankan. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru