Friday, October 7, 2022

Abang Jo adil dan mengamalkan kongsi kuasa — Uggah

Secara Rawak

SRI AMAN:  Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Douglas Uggah Embas semalam mahu ahli-ahli PBB di kawasan majoriti Dayak tidak terpengaruh dengan hasutan pembangkang dan golongan ekstremis yang mengatakan Kerajaan Negeri mengabaikan mereka.

Menurutnya, Kerajaan Negeri pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg meletakkan kepentingan rakyat sama rata.

“Abang Johari adalah Ketua Menteri untuk semua rakyat. Beliau tidak pilih bangsa, tidak pilih kaum, tidak pilih agama. Beliau percaya kepada konsep berkongsi kuasa,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung PBB N33 Engkelili di sini semalam.

Beliau yang juga Pengerusi PBB cawangan tersebut telah berpindah ke Cawangan Bukit Saban dan digantikan oleh Timbalannya, Richard Tawan.

Dalam ucapannya juga, Uggah menekankan betapa dasar ekonomi digital yang dipelopori Abang Johari sebagai tepat pada masanya.

“Ia dapat membantu meningkatkan pendapatan rakyat dan meluaskan pasaran mereka.

Katanya yang juga Timbalan Ketua Menteri, seorang warga emas di Bau kini menikmati pendapatan menjangkau RM10 ribu sebulan, setelah cucunya membantu memasarkan produk kerepek pisangnya di media sosial.

“Manakala seorang penjual “roti pau” kini memperoleh RM1,000 sehari, juga melalui pemasaran internet, setelah hanya memperoleh sekitar RM200 ke RM300 dengan kaedah pemasaran biasa.

Kerana itu jelasnya, Abang Johari memperuntukkan sehingga RM1 bilion untuk melengkapkan prasarana internet berhalaju tinggi di segenap pelosok negeri ini, memandangkan liputan sedia ada ketika ini amat menyedihkan.

Pada majlis yang sama, beliau meminta cawangan PBB Engkelili menjuarai rakyat dengan memimpin kempen penerangan tentang dasar kerajaaan, terutama perjuangan Kerajaan Negeri untuk menuntut kembali kuasa negeri Sarawak yang terhakis dalam Perjanjian Malaysia 1963. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru