Saturday, August 20, 2022

PM pukul genderang perang, isyarat PRU14 terlalu hampir

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak sebentar tadi memukul genderang perang tanda bermulanya asakan terakhir Barisan Nasional sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Dengan mesej jelas, perkukuhkan parti, persiapkan jentera parti dan elakkan perpecahan, terutama setelah “calon pasti menang” dipilih, beliau mengumumkan persetujuan Perhimpunan agar jawatan Presiden yang dipegangnya dan Timbalan Presiden UMNO yang kini disandang Datum Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak dipertanding.

“Saya juga ingin berikan kepastian di sini bahawa Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein juga kekal sebagai orang nombor tiga,” katanya ketika menyampaikan penggulungan Presiden UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi.

Bagi mengelakkan perpecahan, beliau juga mahu ahli-ahli di peringkat akar umbi mengelakkan pertandingan di peringkat Bahagian.

“Berbincanglah..elakkan perpecahan,” jelasnya lagi, sebagai persediaan untuk menghadapi hari penting, PRU 14.

Beliau menegaskan, kuasa memilih calon untuk PRU akan ditentukan oleh “parti” bukan “hati”.

“Maksudnya, kalau saya suka seseorang itu, tetapi penilaian parti menunjukkan beliau tidak boleh menang, maka kita harus tolak.

“Kita perlu mengikut suara hati,” katanya lagi.

Dalam ucapannya juga, Presiden UMNO sekali lagi menegaskan bahawa beliau sanggup berunding dalam isu kuasa Sarawak dan Sabah yang terhakis daripada Perjanjian 1963.

“Saya terbuka untuk berbincang. Kalau era seorang pemimpin terdahulu (Tun Mahathir Mohamad), sudah pasti isu seperti ini menyebabkan seseorang itu ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Di hadapan lebih 5,000 perwakilan berbaju biru tersebut, beliau turut meniup semboyan untuk mempertahankan Putrajaya, daripada ditakluki lawan demi agama, bangsa dan tanah air.

Perhimpunan Agung UMNO ini merupakan yang terakhir sebelum PRU14 yang diramalkan pada Mac depan. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru