Tuesday, May 11, 2021

Matinya telefon awam, surat khabar dan mesin wang ATM!

Mesti baca

GENERASI kini menyaksikan “matinya” telefon awam (pondok telefon) pada zaman kita berbaris terakhir hampir sedekad lalu — untuk mendapat khidmat mendail telefon rumah.

Semuanya dilakukan bagi mengetahui berita ahli keluarga atau menguruskan urusan seharian di pejabat-pejabat.

Bahkan, selain pejabat atau syarikat, telefon dail di rumah-rumah kini seolah-olah menjadi seperti barang antik kerana sudah amat minimum digunakan.

Perkhidmatan telko syarikat telekomunikasi juga mula mengenakan bayaran yang tinggi bagi caj mendail ke telefon talian rumah atau pejabat sama ada dari telefon bimbit atau sebagainya.

Apa dan siapakah yang mengambil alih tugas telefon awam atau telefon talian rumah ini?

Matinya Telefon Awam (Pondok Telefon)

Jawapannya ialah telefon bimbit atau telefon selular yang juga disebut telefon genggam atau bagi telefon yang cukup canggih digelar telefon pintar — yang sangat pintar menguruskan banyak perkara untuk kepentingan penggunanya.

Telefon pintar sangat berkuasa apabila bergabung dengan kekuatan internet.

Ini termasuklah tugas utamanya sebagai telekomunikasi dua pihak secara bersembang atau chating bertulis.

Menurut hipotesis terbaru, di Malaysia teknologi serta kemudahan internet mampu mempengaruhi serta menjadi faktor penentu kepada keberkesanan keputusan pilihan raya di negara ini.

Politik dan kempen politik dikatakan lebih banyak bergantung dengan media dalam talian dan elektronik sehingga dipercayai menjadi faktor penentu dalam pilihan raya.

Secara logik, kempen politik yang dilancarkan pada PRU14 akan berada di lapangan yang sama rata, setara, saksama dan adil bagi kedua-dua benteng — kerajaan dan pembangkang.

Konglomerat media Rupert Murdoch, 86, pemilik News Corporation, syarikat media terbesar dan paling berpengaruh di dunia merangkumi rangkaian Fox News, 20th Century Fox (1985), The Wall Street Journal (2007) dan dan HarperCollins (1989) di Amerika Syarikat dan BSkyB (1990) di Britain

Murdoch sangat percaya pada 2050, media akan berada dalam talian atau elektronik sepenuhnya.

Matinya Media Cetak

Murdoch membuat kesimpulan mengejutkan pengamal media bahawa media cetak akan menjadi perkara yang tidak wujud lagi!

Selain komputer apa dan siapakah yang terjalin kuat fungsinya bergerak bersama-ama internet mengancam kewujudan media cetak ini?

Kini media cetak khususnya syarikat berita mengecilkan operasi, memberhentikan cetakan dan edaran secara fizikal di sebahagian wilayah di negara ini.

Syarikat media melancarkan sebaran maklumat dan berita melalui media elektronik berpaksikan internet.

Penerbit, pembaca dan khalayak menggunakan portal di internet atau pelantar perisian media sosial seperti Facebook, Whatsapp, WeChat, Twitter, Instagram, Youtube untuk membina citra baru dunia maklumat.

Tindak balasnya sangat segera, semasa, pantas, murah dan interaktif.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Facebook Mark Zuckerberg mengesahkan jumlah pengguna Facebook dunia mencecah 2 bilion, meningkat dua kali ganda berbanding 1 bilion pada Oktober 2012.

Facebook media sosial terbesar menguasai seperempat daripada keseluruhan penduduk dunia berbanding YouTube 1.5 bilion, WeChat 889 juta dan Twitter 328 juta.

Malaysia mencatatkan peratusan setinggi 75 peratus daripada jumlah 30 juta penduduk iaitu terdapat sekitar 22 juta pengguna Facebook.

Sementara, The Digital News Report 2017 mendapati pengguna internet di Malaysia mencatatkan penggunaan aplikasi WhatsApp terbanyak di dunia iaitu 77 peratus bagi mendapatkan maklumat dan berkongsi cerita, diikuti Facebook Messenger 41 peratus.

Selain itu, kadar tembusan penggunaan Youtube di negara ini ialah 26 peratus dan masing- masing WeChat serta Instagram ialah 13 peratus.

Rakyat Malaysia dikenal pasti mendapat berita melalui media sosial sebanyak 86 peratus, bercetak (45 peratus), televisyen (54 peratus) dan radio (15 peratus).

Selain komputer, apa dan siapa terlibat dalam merangsang anjakan dunia teknologi dan penyebaran maklumat sehebat itu sekarang ini?

Dikenal pasti, peranti utama atau medium yang digunakan ialah telefon pintar iaitu 65 peratus, komputer 45 peratus dan tablet 18 peratus.

Matinya Mesin Wang ATM

Di dunia perbankan, orang penting firma antarabangsa Link bernama John Howells meramalkan mesin juruwang automatik (ATM) bakal hilang sepenuhnya sedekad lagi.

Howells menjangka perkhidmatan ATM tidak menguntungkan menyebabkan penggunaannya dihentikan.

Bahkan pada masa depan pengguna menggunakan khidmat kedai runcit terpilih untuk mengeluarkan wang tunai.

Selain itu, Howells percaya urus niaga wang kertas berdepan kemerosotan ketara kerana orang ramai kini bertukar kepada transaksi mudah alih dan tabiat membeli-belah secara online.

Bercakap berkaitan penggunaan telefon pintar dan “online” sekali lagi telefon pintar mengambil fungsinya yang tersendiri!

Trend terkini juga menggunakan telefon pintar untuk membuat bayaran melalui kaedah imbasan di kaunter. – Sarawakvoice

Secara Rawak

Artikel Terbaru